Friday 30 December 2011

Badrul Amin harus tarik balik kenyataan - Ust Fathul Bari

Selepas ceramah Ust.Budak yang menyamakan Nik Aziz dengan Nabi SAW baru-baru ni..timbul pulak satu lagi ceramah dari 'Ust.PKR'  perasan bagus yang telah menyamakan Anwar Ibrahim dengan Imam Mahadi...hahaha makin lama makin sesat puak2 pakatan haram ni..
Demi memperbetulkan kenyataan dan mengelakkan dari salah akidah umat Islam negara ni..maka penjelasan sebenar dari sudut agama mesti dibuat.. Ikuti penjelasan berikut.


Sunday 18 December 2011

Mahasiswa UPSI Terlampau...!

Mahasiswa kurang ajar yang menurunkan bendera gambar Perdana Menteri semalam di PWTC baru-baru ni namanya ADAM ADLI BIN ABDUL HALIM pelajar dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Walaupun dah banyak posting yang dibuat oleh rakan-rakan blogger mengenai isu ini sebelum ini. Bagi penulis ni bukan mahasiswa tp 'mahasisa' budak bangang yang baru nak naik yang kononnya nak memperjuangkan hak kebebasan dan keupayaan berfikir mahasiswa. Elok buang status pelajar universiti budak-budak ni ke longkang yang kononnya nak glamour. Disebabkan nak glamour sangat dengan kerja bodoh jd eloklah pihak kementerian pengajian tinggi terutama pihak universiti ambik tindakan tegas kat budak mangkuk ayun ni dan yg seangkatan dengannya.

Difahamkan seramai 200 budak-budak mahasiswa yang datang berhimpun dan berarak semalam diberitahu semuanya mahasiswa berbangsa melayu. Disaat bangsa lain berebut-berebut bersaing sesama sendiri untuk memajukan diri dalam pelajaran, ada pulak sekumpulan mahasiswa melayu yang dah jadi bodoh berdemo jalanan yang kononnya nak perjuangkan hak kebebasan mahasiswa. Mak bapak tungkus lumus carik duit, siang malam berdoa supaya anak belajar dengan baik lulus periksa, tapi anak masuk universiti buat kerja bodoh dan bangang.

Penulis pun pernah jd mahasiswa..tapi tak pernah plak terfikir nak buat kerja bodoh dan bangang macam ni. Budak-budak ni tak sedar diri, masuk universiti pun disebabkan bantuan kerajaan siap dengan status kuota bumiputera. Bila gagal salahkan kerajaan, salahkan universiti, salahkan semua orang..padahal budak-budak ni sendiri buat kerja bangang, diperkudakan jadi balaci kepada puak-puak yang sememangnya nak tengok negara ni huru hara dan hancur.

Apa pun penulis nak tunggu apa tindakan selanjutnya daripada pihak berwajib diatas tindakan budak-budak bangang ni. Kemungkinan juga budak-budak ni adalah balaci upahan kumpulan yang menyokong Anwar Ibrahim. Pasal berdemo jalanan ni memang kerja dan budaya Anwar. Buang saja budak yang bernama ADAM ADLI ni dari UPSI. Senang dia nak berdemo 24 jam. Jangan busukkn nama mahasiswa..UPSI antara universiti kat Malaysia ni yang banyak menternak golongan yang nak berdemo ke hulu ke hilir. Pihak pentadbiran universiti kena tegas dalam menangani dan mengambil tindakan atas isu dan kes-kes yang macam ni. Pasal budak-budak ni keluar nanti akan jadi guru.. mengajar budak-budak di sekolah. Golongan ni yang akan mengajar dan meracuni pemikiran budak-budak sekolah ni nanti..Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

Antara gambar-gambar budak Adam Adli ni dgn Anwar Aljuburi..



Gaya gay pun ada budak ni..!




Bakal coffie boy baru Anwar..


Antara anak-anak ikan Anwar..


Dah mcm Nizar lilin budak ni...!


Bendera gambar DS Najib diturunkan oleh budak mangkuk ayun ni.

Penulis difahamkan ada 'Press Conferrence' dari pihak penganjur demo BEBAS mengenai isu yg berlaku tersebut pada hari Isnin pagi. 






Saturday 17 December 2011

Huru hara dalam Pakatan Rakyat..tunggu masa dibogelkan..


Akhir-akhir ini, Parti Pembangkang gabungan haram PKR, DAP dan PAS telah mengalami episod huru hara dalam parti masing-masing. Bermula isu dalaman parti DAP yang mana melibatkan Pengerusinya iaitu Karpal Singh dengan Tim.Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Prof.P Ramasamy yang juga Tim.Setiausaha Agong DAP Pusat. Isu tersebut telah menyebabkan berlaku pergolakan dan provokasi diantara kedua-dua penyokong pemimpin tersebut, sehingga membawa kepada cabar mencabar dan gelar menggelar diantara satu sama lain.

PAS pula sedang bergelut isu Hassan Ali yang mana berpunca dari isu senarai calon untuk PRU-13. Isu Hassan ini menjadi semakin huru hara apabila bekas Tim.Presiden PAS iaitu Yb. Nasharuddin Mat Isa telah bersuara dan menegur segelintir pimpinan PAS yang dilihat seperti ada yang tidak kena. Ketua Penerangan, Dato Mustafa Ali pula telah menafikan kenyataan yang dibuat Nasharudin. Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar pula telah menunjukkan lampu hijau kepada Hassan untuk keluar meninggalkan parti sekiranya mahu. Sejurus itu, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak PAS pula masing-masing telah membuat kenyataan akan menyokong dan mempertahankan Hassan. Isu ini telah menampakkan huru hara dan perpecahan dalam kepimpinan PAS.

Parti yang semakin hari semakin jahanam dan huru hara di Malaysia hari ni adalah parti PKR. Parti anak beranak yang semata-mata hanya memperjuangkan nasib Anwar bin Ibrahim. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa 9hb Januari depan adalah tarikh penghakiman bagi kes Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Perbicaraan yang hampir mencecah 3 tahun ini, telah menampakkan tembelang Anwar Ibrahim akan pecah dengan bukti-bukti yang cukup mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya memang seorang peliwat, lelaki hebat yang suka main depan dan belakang. Bahan bukti yang ada tanpa dapat disangkal dan dinafikan oleh Anwar dan barisan peguambelanya sudah cukup untuk membuatkan Anwar Ibrahim kepanasan dan akan berkursus panjang di bilik tirai besi nanti. Ditambahkan lagi, dengan pengumuman keluar parti oleh Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor, Lim Boo Chang daripada PKR semakin menyerlahkan lagi masalah besar yang sedang melanda dalam parti PKR ini. PKR semakin hari semakin hancur lebur, tidak relevan dan harus dikuborkan pada PRU yang ke 13 nanti.
Kepada pengikut-pengikut Pakatan Rakyat, terutama pengikut setia Anwar Aljuburi, diperingatkan bahawa parti anda ini akan dibogelkan nanti seperti dalam video dibawah ini..hahahaha
 

Mr.Cikaro : Selepas 9hb Januari 2012..selesai semua masalah..













 

Tuesday 13 December 2011

Sultan Kedah Yang DiPertuan Agong ke-14.


Selasa, 13 Disember 2011 bersamaan (18 Muharram 1433 H) telah tercatat satu lagi kisah besar dalam sejarah negara apabila Yang DiPertuan Agong ke-14 telah dilantik secara rasminya untuk menaiki takhta sebagai Ketua Negara hari ini.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah melafazkan angkat sumpah memegang jawatan sebagai Yang DiPertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh istiadat yang diadakan di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim 84, telah dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lalu untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Untuk rekod,ini merupakan kali kedua baginda Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Istiadat hari ini juga mencatat sejarah kerana merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru di Jalan Duta yang dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Kepada mana-mana parti politik yang cuba-cuba nak mengubah dan mempertikaikan sistem Raja Berperlembagaan Negara ini, dinasihatkan jangan jolok sarang tebuan, jangan main dengan api, jangan cuba nak mainkan sentimen ini..takble terima sistem ini, ble angkat kaki blah dari negara ini..abis cerita.

Monday 12 December 2011

MB Khalid Ibrahim kena maki hamun dengan pengundi sendiri..


Kah kah kah kah..haaaaq tuihhhh..ini perkataan paling sesuai ditujukan kepada MB Gagap Selangor si Khalid Ibrahim..Pada perhimpunan Rapat Rakyat 4/12/2011 baru-baru ni di Shah Alam, Khalid Gagap dengan senang hati berucap depan penyokong-penyokong Aljuburi, berbakul-bakul perkataan dia puji diri sendiri kononnya dialah MB paling berani, paling cekap, paling berintergriti, paling amanah, paling bagus menguruskan pentadbiran kerajaan negeri..

Keesokkannya si Khalid Ibrahim buat program turun padang kononnya nak jumpa rakyat kawasan..antara tempat yang dia pegi adalah ke kawasan DUN dia sendiri iaitu DUN Ijok..yang difahamkan hanya setahun skali dia turun ke kawasan DUN Ijok ni, maknanya kalau 4 tahun, baru 4 kali dia turun ke kawasan dia ni (haramjadah punya Khalid)..Difahamkan ada program dialog antara Khalid dengan penduduk-penduduk Kampung India Sri Aman di Ijok..

Menurut penduduk kampung pada kempen PRU-12 dulu, Khalid Ibrahim telah tabur janji nak bagi geran rumah pada setiap penduduk di Kampung Sri Aman ini dalam tempoh 3 bulan..Akhirnya setelah 3 tahun lebih memerintah, Khalid Ibrahim tak bagi walaupun sekeping geran..Dan kemuncaknya pengundi-pengundi kesayangan dia ni dah hilang sabar mengamuk maki hamun si Khalid Ibrahim macam orang hilang pedoman kerana Khalid Ibrahim katanya dah mungkir janji..kah kah kah..nilah tahap kecekapan dan intergriti si Khalid Ibrahim.. Cacacakap tak serupa bikin..jahanam!

Cuba tengok video ni..

Tiba-tiba muncul plak MP PAS yang datang nak jadi HERO baru kampung tu..hahaha


Sunday 11 December 2011

Hassan Ali dipancung, Eli Wong disanjung..!


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yb Dato Dr.Hassan Ali baru-baru ini dikatakan tidak disenaraikan untuk menjadi calon PAS pada PRU-13 yang akan datang. Cakap-cakap yang kedengaran bahawa Hassan Ali akan digugurkan seakan benar,apabila Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga Adun Hulu Kelang, Yb Saari Sungib mengesahkan bahawa Hassan tidak mendapat undian dan sokongan secukupnya daripada 3 senarai nama yang dicadangkan PAS negeri.

Hassan dikatakan menjadi liabiliti kepada PAS kerana didakwa tidak 'sekepala dan sebulu' dengan kepimpinan negeri dan pusat dalam beberapa isu, termasuk tindakan Hassan mempertahankan serbuan dan penangkapan pihak JAIS dalam isu murtad. Ternyata Hassan menjadi mangsa kerakusan dan kegelojohan parti PAS yang dah gila'babi'nak kekal berkuasa dengan sanggup gadaikan perjuangan agama. Takde sorang pimpinan PAS terutama di Selangor yang mempertahankan Hassan, sebaliknya Hassan dipersoal dan dikutuk oleh kepimpinan PAS negeri dan ahli-ahlinya. Malang nasib Hassan exco parti bulan yang dilihat terkontang kanting dalam menguatkuasakan undang-undang dan tindakan yang mencemarkan imej dan kesucian Islam terutama di Selangor.
Tetapi lain halnya pula apabila melibatkan isu sorang lagi Exco Selangor yang merupakan Adun Bukit Lanjan dari PKR iaitu Yb Elizabeth Wong yang telah kantoi isu gambar bogelnya tersebar, berzina melibatkan bekas 'boyfriendnya' yang dikatakan berbangsa melayu. Heboh sahaja isu itu tersebar di media massa dan cetak, pimpinan PAS termasuk Mursyidol Amnya Tok Guru Dato Nik Aziz Nik Mat segera memberi reaksi mempertahankan Adun Bogel tersebut tanpa rasa bersalah sebaliknya Tok Guru tersebut menyalahkan pihak yang telah meng'kantoi'kan dan mengaibkan Adun Bogel tersebut yang jelas tak bermoral.

Manakala muslimah PAS pula terhegeh-hegeh jumpa Eli berpeluk cium laga pipi kononnya bersimpati dan menyatakan pendirian menyokong Yb Bogel tersebut. Ternyata PAS dah sesat dan terpesong dari asas perjuangannya. Perjuangan negara Islam dah digadai dan diganti dengan negara berkebajikan. Hassan yang cuba pertahankan Islam di pancung, tetapi Eli yang berbogel disanjung..inilah PAS, parti yang sanggup menggadaikan perjuangan agama semata-mata nakkan undi CINA..PAS dah jadi keldai tunggangan DAP. Makanya tak hairanlah PAS angkat kaki jilat bini orang dan kaki komunis jadi timbalan presidennya..Celako PAS semua skali..nasib kaulah Hassan Ali..jadi baliklah pakar motivasi, nak keluar PAS, takut jatuh talak kat bini, jadi pikirlah sendiri, pandai-pandailah berdikari..

PAS is DEAD..!!!

Saturday 10 December 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai..

Kalau sudah tiada pilihan, yang 'tidak sempurna' pun akan dijadikan sandaran.Inilah senario politik di Malaysia pada hari ini. Kepercayaan dan kuasa rakyat adalah faktor utama penentu kemenangan sesuatu parti. Apabila sesuatu parti politik dilihat tidak lagi berjiwa dan memenuhi aspirasi rakyat maka rakyat terpaksa membeli 'jiwa baru' sebagai ganti.

Ironinya kejadian manusia sentiasa perlukan 'harapan' dan apabila melihat alternatif yang boleh memberikan harapan, maka pilihan mereka akan terarah ke situ. Selepas berlakunya gelombang tsunami politik PRU12 yang lalu, Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah telah menjadi pilihan alternatif yang tepat bagi rakyat untuk membawa perubahan kepada mereka.

Malangnya setelah hampir 4 tahun menjadi kerajaan di 4 buah negeri, pohon rendang yang di bina antara (PKR-DAP-PAS)yang disangka boleh menumpang teduh selama-lamanya, rupanya dah semakin mereput, mungkin boleh rebah dan membahayakan diri. Jadi rakyat tiada pilihan selain menilai semula parti yang boleh menjaminkan harapan untuk masa hadapan mereka pada PRU-13 nanti.

Setelah berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini, UMNO dilihat serius untuk melakukan perubahan dan pembaharuan demi mendapatkan semula sokongan dan kepercayaan dari rakyat. Perubahan kepimpinan,struktur dan halatuju parti juga sudah semakin jelas dengan corak kepimpinan baru dari YAB Presiden parti yang juga Perdana Menteri.Idea Gagasan 1 Malaysia yang di bawa oleh YAB Perdana Menteri semakin telah menampakkan sokongan dari peringkat akar umbi parti dan juga rakyat.
 
 
Kepada seluruh warga UMNO,ikrar taat setia telah dibuat, amanat presiden jadikanlah azimat, ayuhlah hulubalang UMNO, ayuhlah srikandi UMNO, ayuhlah permata UMNO..rapatkan saf perjuangan, berdiri teguhlah dibelakang Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuh dihadapan. Pastikan kemenangan milik kita...

Ingatla perjuangan kita belum selesai..