Monday 21 May 2012

PARASIT DALAM PAS KEPANASAN AKIBAT TINDAKAN NASHARUDIN.!


Gara-gara kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin UMNO di majlis perkahwinan anak sulung kepada mantan Tim.Presiden PAS, Yb Nasharudin Mat Isa..beliau dikatakan bakal dihentak dan dibalun sekali lagi oleh pimpinan PAS terutamanya dari parasit-parasit PAS yang sedang kepanasan sekarang ini.

Kehadiran Muhyiddin dan tetamu kehormat lain pada majlis perkahwinan antara Nusaibah Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Hussain itu telah mendapat liputan yang cukup meluas terutama di media-media sosial, media cetak, media elektronik dan sebagainya.

Nasharudin yang sebelum ini, pernah dihentam dan dikritik hebat oleh pengikut-pengikut PAS kerana usahanya kearah agenda negara perpaduan UMNO-PAS, kini dilihat bakal dibalun dan dihentam sekali lagi kerana jemputannya keatas Muhyidin dan beberapa pemimpin UMNO. Yang pastinya ada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak senang dengan perkara tersebut diatas.

Apapun syabas kepada Yb Nasharudin Mat Isa kerana mendapat anak menantu..walaupun berlainan ideologi perjuangan politik tetapi ukhwah sesama Islam itu tetap dipelihara dan dijaga. Itulah tuntutan agama dan yang terbaik sepatutnya harus dilakukan.












No comments:

Post a Comment