Thursday 17 May 2012

PANAS.! ANWAR MERAYU NAK MASUK SEMULA JADI AHLI UMNO..!


Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membawanya masuk semula ke dalam parti UMNO selepas dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 akibat masalah moral.

Isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anak-anaknya dikatakan telah hadir ke Putrajaya untuk bertemu dengan Tun Abdullah Badawi untuk tujuan itu. Demikian pendedahan yang telah dibuat oleh Senator Ezam Mohd Nor yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat.

Menurut Ezam, sekira ia tidak benar, Wan Azizah boleh cabar saya dan Tun Abdullah juga tahu apa yang berlaku, kerana saya terlibat secara langsung dan telah hadir pada pertemuan itu, kata Ezam.

Persoalannya, mengapa Anwar Ibrahim masih mahu memilih UMNO dan telah menghantar bini dan anak-anaknya untuk tujuan itu. Sedangkan kita tahu Anwar setelah dipecat oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 telah mengambil pendekatan terus menghina, mengutuk, mengeji dan memfitnah UMNO sehingga ke saat ini walaupun parti itu telah banyak berjasa pada dirinya sehingga mencapai jawatan kedua tertinggi kerajaan sebagai Tim.Perdana Menteri dan Tim.Presiden parti.

Maknanya Anwar tahu dan sedar, bahawa UMNO adalah satu-satunya parti Melayu yang boleh membawanya ke tahap tertinggi dalam negara ini iaitu jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Dan atas sebab itulah Anwar telah menghantar bininya Wan Azizah serta anak-anaknya merayu untuk tujuan itu. Jelaslah disini, bahawa perjuangan politik Anwar sebenarnya hanyalah untuk agenda peribadinya semata-mata, dan bukanlah perjuangannya untuk Agama, Bangsa dan Negara ini. Sebab itu Anwar sanggup buat apa saja..gadai maruah, gadai agama, gadai bangsa, burukkan negara, hancurkan negara..asalkan dia boleh jadi Perdana Menteri.

Pinjam skit kata-kata popular Nik Ajis..Celako, Celako, Celako.. Celako lah semua skali..

Celako punya Anwar Ibrahim..Ayuh rakyat Malaysia jom pakat ramai-ramai kita TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM..!





No comments:

Post a Comment