Saturday 17 December 2011

Huru hara dalam Pakatan Rakyat..tunggu masa dibogelkan..


Akhir-akhir ini, Parti Pembangkang gabungan haram PKR, DAP dan PAS telah mengalami episod huru hara dalam parti masing-masing. Bermula isu dalaman parti DAP yang mana melibatkan Pengerusinya iaitu Karpal Singh dengan Tim.Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Prof.P Ramasamy yang juga Tim.Setiausaha Agong DAP Pusat. Isu tersebut telah menyebabkan berlaku pergolakan dan provokasi diantara kedua-dua penyokong pemimpin tersebut, sehingga membawa kepada cabar mencabar dan gelar menggelar diantara satu sama lain.

PAS pula sedang bergelut isu Hassan Ali yang mana berpunca dari isu senarai calon untuk PRU-13. Isu Hassan ini menjadi semakin huru hara apabila bekas Tim.Presiden PAS iaitu Yb. Nasharuddin Mat Isa telah bersuara dan menegur segelintir pimpinan PAS yang dilihat seperti ada yang tidak kena. Ketua Penerangan, Dato Mustafa Ali pula telah menafikan kenyataan yang dibuat Nasharudin. Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar pula telah menunjukkan lampu hijau kepada Hassan untuk keluar meninggalkan parti sekiranya mahu. Sejurus itu, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak PAS pula masing-masing telah membuat kenyataan akan menyokong dan mempertahankan Hassan. Isu ini telah menampakkan huru hara dan perpecahan dalam kepimpinan PAS.

Parti yang semakin hari semakin jahanam dan huru hara di Malaysia hari ni adalah parti PKR. Parti anak beranak yang semata-mata hanya memperjuangkan nasib Anwar bin Ibrahim. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa 9hb Januari depan adalah tarikh penghakiman bagi kes Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Perbicaraan yang hampir mencecah 3 tahun ini, telah menampakkan tembelang Anwar Ibrahim akan pecah dengan bukti-bukti yang cukup mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya memang seorang peliwat, lelaki hebat yang suka main depan dan belakang. Bahan bukti yang ada tanpa dapat disangkal dan dinafikan oleh Anwar dan barisan peguambelanya sudah cukup untuk membuatkan Anwar Ibrahim kepanasan dan akan berkursus panjang di bilik tirai besi nanti. Ditambahkan lagi, dengan pengumuman keluar parti oleh Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor, Lim Boo Chang daripada PKR semakin menyerlahkan lagi masalah besar yang sedang melanda dalam parti PKR ini. PKR semakin hari semakin hancur lebur, tidak relevan dan harus dikuborkan pada PRU yang ke 13 nanti.
Kepada pengikut-pengikut Pakatan Rakyat, terutama pengikut setia Anwar Aljuburi, diperingatkan bahawa parti anda ini akan dibogelkan nanti seperti dalam video dibawah ini..hahahaha
 

Mr.Cikaro : Selepas 9hb Januari 2012..selesai semua masalah..













 

No comments:

Post a Comment