Monday 21 May 2012

TERKINI! SATIM DIMAN BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.!!




Ketua Pembangkang Selangor YB Datuk Dr. Mohamad Satim Diman berkata kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah gagal dalam menguruskan sampah di negeri ini yang dilihat sudah semakin kronik dan menjadi salah satu sebab penyumbang kepada meningkatnya kes wabak denggi di negeri Selangor.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 9,202 kes demam denggi telah dicatatkan diseluruh negara dari Januari 2012 sehingga terkini Mei 2012.  Daripada jumlah itu negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 45% kes dan telah mencatat 10 kematian.

Bila sampah sudah tidak diurus dengan baik sudah tentu akan menyumbang kepada risiko penyakit termasukla demam denggi.






PARASIT DALAM PAS KEPANASAN AKIBAT TINDAKAN NASHARUDIN.!


Gara-gara kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin UMNO di majlis perkahwinan anak sulung kepada mantan Tim.Presiden PAS, Yb Nasharudin Mat Isa..beliau dikatakan bakal dihentak dan dibalun sekali lagi oleh pimpinan PAS terutamanya dari parasit-parasit PAS yang sedang kepanasan sekarang ini.

Kehadiran Muhyiddin dan tetamu kehormat lain pada majlis perkahwinan antara Nusaibah Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Hussain itu telah mendapat liputan yang cukup meluas terutama di media-media sosial, media cetak, media elektronik dan sebagainya.

Nasharudin yang sebelum ini, pernah dihentam dan dikritik hebat oleh pengikut-pengikut PAS kerana usahanya kearah agenda negara perpaduan UMNO-PAS, kini dilihat bakal dibalun dan dihentam sekali lagi kerana jemputannya keatas Muhyidin dan beberapa pemimpin UMNO. Yang pastinya ada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak senang dengan perkara tersebut diatas.

Apapun syabas kepada Yb Nasharudin Mat Isa kerana mendapat anak menantu..walaupun berlainan ideologi perjuangan politik tetapi ukhwah sesama Islam itu tetap dipelihara dan dijaga. Itulah tuntutan agama dan yang terbaik sepatutnya harus dilakukan.












Sunday 20 May 2012

PANAS! BERSIH 4.0 AKAN DIADAKAN 24 DAN 25 MEI INI.!


Tak sampai sebulan demo BERSIH 3.0, sekarang BERSIH 4.0 telah pun dirancang. Seramai 60 peniaga telah merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada 24 dan 25 Mei 2012 ini.

Perancangan mereka untuk berniaga tersebut telah dinamakan sebagai "BERSIH 4.0 - Mencucikan demo BERSIH 1,2,3 dari beruk-beruk kuning Ambiga".

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

Peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas. Menurutnya, mereka akan tetap terus berniaga disitu sekiranya permohonan mereka untuk mendapatkan permit ditolak oleh pihak DBKL.

Padanlah dengan muka ko Ambiga. Kepada peniaga-peniaga, selagi aci india KUNYIT ni taknak bayar ganti rugi, elokla korang teruskan berniaga kat situ. Alang-alang meniaga elok dijadikan terus 'Bazaar Rakyat Kuning'kat situ. Kasi dia panas jubor duduk kat rumah tu. Musibat punya LAWYER CABUK.!

Kepada Unit Amal PAS boleh la korang stanby gilir-gilir jaga Ambiga kesayangan korang ni..hahaha pasal dia kan 'Srikandi' baru bagi Pakatan Rakyat..