Tuesday 13 December 2011

Sultan Kedah Yang DiPertuan Agong ke-14.


Selasa, 13 Disember 2011 bersamaan (18 Muharram 1433 H) telah tercatat satu lagi kisah besar dalam sejarah negara apabila Yang DiPertuan Agong ke-14 telah dilantik secara rasminya untuk menaiki takhta sebagai Ketua Negara hari ini.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah melafazkan angkat sumpah memegang jawatan sebagai Yang DiPertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh istiadat yang diadakan di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim 84, telah dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lalu untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Untuk rekod,ini merupakan kali kedua baginda Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Istiadat hari ini juga mencatat sejarah kerana merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru di Jalan Duta yang dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Kepada mana-mana parti politik yang cuba-cuba nak mengubah dan mempertikaikan sistem Raja Berperlembagaan Negara ini, dinasihatkan jangan jolok sarang tebuan, jangan main dengan api, jangan cuba nak mainkan sentimen ini..takble terima sistem ini, ble angkat kaki blah dari negara ini..abis cerita.

No comments:

Post a Comment