Tuesday 15 May 2012

MUKA AMBIGA PUCAT , BILA TERIMA HADIAH 'PUNGGUNG'..!


Selepas kumpulan sebuah NGO, memacak gerai burger di depan rumah Ambiga sebagai tanda protes terjejasnya perniagaan mereka kerana demo BERSIH 3.0 lalu.. pagi tadi giliran sekumpulan 15 veteran bekas tentera telah membuat senaman ‘gelek punggung’ selama kira-kira 20 minit di atas jalan depan rumah Ambiga yang terletak di Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara.

Senaman 'gelek punggung' tersebut dibuat sebagai tanda protes mereka terhadap demo Bersih 3.0 yang dianjurkan Ambiga yang jelas mencemarkan imej negara dan membantah gerakan seks bebas yang diperjuangkannya.

Protes yang dimulakan jam 8.30 pagi itu turut memaparkan beberapa sepanduk manila kad yang membantah gerakan Ambiga itu.


Ambiga yang keluar kemudiannya telah diberikan sepanduk tersebut dan telah diberi kata amaran oleh veteran tentera supaya jangan sesekali mencemarkan imej negara di masa depan jika tidak mahu mereka bertindak.




Selepas protes dari peniaga burger, Ambiga hari ni dapat punggung pulak dari veteran tentera. Hahaha..bila plak Ambiga nak dapat hadiah 'terompah jamban' melekat kat muka ni..sama-sama kita nantikan...!

No comments:

Post a Comment