Saturday 10 December 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai..

Kalau sudah tiada pilihan, yang 'tidak sempurna' pun akan dijadikan sandaran.Inilah senario politik di Malaysia pada hari ini. Kepercayaan dan kuasa rakyat adalah faktor utama penentu kemenangan sesuatu parti. Apabila sesuatu parti politik dilihat tidak lagi berjiwa dan memenuhi aspirasi rakyat maka rakyat terpaksa membeli 'jiwa baru' sebagai ganti.

Ironinya kejadian manusia sentiasa perlukan 'harapan' dan apabila melihat alternatif yang boleh memberikan harapan, maka pilihan mereka akan terarah ke situ. Selepas berlakunya gelombang tsunami politik PRU12 yang lalu, Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah telah menjadi pilihan alternatif yang tepat bagi rakyat untuk membawa perubahan kepada mereka.

Malangnya setelah hampir 4 tahun menjadi kerajaan di 4 buah negeri, pohon rendang yang di bina antara (PKR-DAP-PAS)yang disangka boleh menumpang teduh selama-lamanya, rupanya dah semakin mereput, mungkin boleh rebah dan membahayakan diri. Jadi rakyat tiada pilihan selain menilai semula parti yang boleh menjaminkan harapan untuk masa hadapan mereka pada PRU-13 nanti.

Setelah berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini, UMNO dilihat serius untuk melakukan perubahan dan pembaharuan demi mendapatkan semula sokongan dan kepercayaan dari rakyat. Perubahan kepimpinan,struktur dan halatuju parti juga sudah semakin jelas dengan corak kepimpinan baru dari YAB Presiden parti yang juga Perdana Menteri.Idea Gagasan 1 Malaysia yang di bawa oleh YAB Perdana Menteri semakin telah menampakkan sokongan dari peringkat akar umbi parti dan juga rakyat.
 
 
Kepada seluruh warga UMNO,ikrar taat setia telah dibuat, amanat presiden jadikanlah azimat, ayuhlah hulubalang UMNO, ayuhlah srikandi UMNO, ayuhlah permata UMNO..rapatkan saf perjuangan, berdiri teguhlah dibelakang Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuh dihadapan. Pastikan kemenangan milik kita...

Ingatla perjuangan kita belum selesai..

No comments:

Post a Comment