Monday 21 May 2012

TERKINI! SATIM DIMAN BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.!!




Ketua Pembangkang Selangor YB Datuk Dr. Mohamad Satim Diman berkata kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah gagal dalam menguruskan sampah di negeri ini yang dilihat sudah semakin kronik dan menjadi salah satu sebab penyumbang kepada meningkatnya kes wabak denggi di negeri Selangor.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 9,202 kes demam denggi telah dicatatkan diseluruh negara dari Januari 2012 sehingga terkini Mei 2012.  Daripada jumlah itu negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 45% kes dan telah mencatat 10 kematian.

Bila sampah sudah tidak diurus dengan baik sudah tentu akan menyumbang kepada risiko penyakit termasukla demam denggi.






PARASIT DALAM PAS KEPANASAN AKIBAT TINDAKAN NASHARUDIN.!


Gara-gara kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin UMNO di majlis perkahwinan anak sulung kepada mantan Tim.Presiden PAS, Yb Nasharudin Mat Isa..beliau dikatakan bakal dihentak dan dibalun sekali lagi oleh pimpinan PAS terutamanya dari parasit-parasit PAS yang sedang kepanasan sekarang ini.

Kehadiran Muhyiddin dan tetamu kehormat lain pada majlis perkahwinan antara Nusaibah Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Hussain itu telah mendapat liputan yang cukup meluas terutama di media-media sosial, media cetak, media elektronik dan sebagainya.

Nasharudin yang sebelum ini, pernah dihentam dan dikritik hebat oleh pengikut-pengikut PAS kerana usahanya kearah agenda negara perpaduan UMNO-PAS, kini dilihat bakal dibalun dan dihentam sekali lagi kerana jemputannya keatas Muhyidin dan beberapa pemimpin UMNO. Yang pastinya ada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak senang dengan perkara tersebut diatas.

Apapun syabas kepada Yb Nasharudin Mat Isa kerana mendapat anak menantu..walaupun berlainan ideologi perjuangan politik tetapi ukhwah sesama Islam itu tetap dipelihara dan dijaga. Itulah tuntutan agama dan yang terbaik sepatutnya harus dilakukan.












Sunday 20 May 2012

PANAS! BERSIH 4.0 AKAN DIADAKAN 24 DAN 25 MEI INI.!


Tak sampai sebulan demo BERSIH 3.0, sekarang BERSIH 4.0 telah pun dirancang. Seramai 60 peniaga telah merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada 24 dan 25 Mei 2012 ini.

Perancangan mereka untuk berniaga tersebut telah dinamakan sebagai "BERSIH 4.0 - Mencucikan demo BERSIH 1,2,3 dari beruk-beruk kuning Ambiga".

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

Peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas. Menurutnya, mereka akan tetap terus berniaga disitu sekiranya permohonan mereka untuk mendapatkan permit ditolak oleh pihak DBKL.

Padanlah dengan muka ko Ambiga. Kepada peniaga-peniaga, selagi aci india KUNYIT ni taknak bayar ganti rugi, elokla korang teruskan berniaga kat situ. Alang-alang meniaga elok dijadikan terus 'Bazaar Rakyat Kuning'kat situ. Kasi dia panas jubor duduk kat rumah tu. Musibat punya LAWYER CABUK.!

Kepada Unit Amal PAS boleh la korang stanby gilir-gilir jaga Ambiga kesayangan korang ni..hahaha pasal dia kan 'Srikandi' baru bagi Pakatan Rakyat..

Friday 18 May 2012

BOIKOT POLIS SEMINGGU ! IDEA BODOH DARI PUAK PAKATAN RAKYAT.!


Puak Pakatan Rakyat hari ini telah mencadangkan supaya memBOIKOT POLIS seminggu menerusi entri didalam sebuah blog http://suarapakatanrakyat.com/2012/05

Cadangan itu dibuat kononnya pihak polis telah melakukan kekejaman dan keganasan yang melampau terhadap beruk-beruk kunyit semasa himpunan Bersih 3.0 pada bulan lalu.

Dah beruk-beruk kunyit bertindak macam orang gila nak jadi samseng, takkan POLIS nak tengok je..Dah jadi huru hara, takkan POLIS nak tengok je..Dah rosakkan harta benda awam, takkan POLIS nak tengok je..Dah dirempuh, disepak, diterajang..takkan POLIS nak tengok je.. Gunakanlah akal skit puak Pakatan Haram oii..55 tahun POLIS menjaga keselamatan rakyat dan keamanan Negara ini sejak dari merdeka ada ke puak-puak ni pernah fikir..! POLIS takkan bertindak sesuka hati kalau tidak ada sebab.

Idea seperti ini sebenarnya telah menyerlahkan lagi KEBODOHAN dan BANGANGnya puak Pakatan Haram pembangkang di negara ini. Apa ingat POLIS ni barang dagangan yang boleh dijualbeli ke sampai nak boikot. Amat malang Malaysia punya pembangkang BODOH semacam ini. Nak BOIKOT POLIS seminggu pulak tu, apasal tak boikot seumur hidup..haha bangang punya Pakatan Rakyat!

                                                         BODOH..!





Thursday 17 May 2012

PANAS.! ANWAR MERAYU NAK MASUK SEMULA JADI AHLI UMNO..!


Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membawanya masuk semula ke dalam parti UMNO selepas dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 akibat masalah moral.

Isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anak-anaknya dikatakan telah hadir ke Putrajaya untuk bertemu dengan Tun Abdullah Badawi untuk tujuan itu. Demikian pendedahan yang telah dibuat oleh Senator Ezam Mohd Nor yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat.

Menurut Ezam, sekira ia tidak benar, Wan Azizah boleh cabar saya dan Tun Abdullah juga tahu apa yang berlaku, kerana saya terlibat secara langsung dan telah hadir pada pertemuan itu, kata Ezam.

Persoalannya, mengapa Anwar Ibrahim masih mahu memilih UMNO dan telah menghantar bini dan anak-anaknya untuk tujuan itu. Sedangkan kita tahu Anwar setelah dipecat oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 telah mengambil pendekatan terus menghina, mengutuk, mengeji dan memfitnah UMNO sehingga ke saat ini walaupun parti itu telah banyak berjasa pada dirinya sehingga mencapai jawatan kedua tertinggi kerajaan sebagai Tim.Perdana Menteri dan Tim.Presiden parti.

Maknanya Anwar tahu dan sedar, bahawa UMNO adalah satu-satunya parti Melayu yang boleh membawanya ke tahap tertinggi dalam negara ini iaitu jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Dan atas sebab itulah Anwar telah menghantar bininya Wan Azizah serta anak-anaknya merayu untuk tujuan itu. Jelaslah disini, bahawa perjuangan politik Anwar sebenarnya hanyalah untuk agenda peribadinya semata-mata, dan bukanlah perjuangannya untuk Agama, Bangsa dan Negara ini. Sebab itu Anwar sanggup buat apa saja..gadai maruah, gadai agama, gadai bangsa, burukkan negara, hancurkan negara..asalkan dia boleh jadi Perdana Menteri.

Pinjam skit kata-kata popular Nik Ajis..Celako, Celako, Celako.. Celako lah semua skali..

Celako punya Anwar Ibrahim..Ayuh rakyat Malaysia jom pakat ramai-ramai kita TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM..!





Tuesday 15 May 2012

MUKA AMBIGA PUCAT , BILA TERIMA HADIAH 'PUNGGUNG'..!


Selepas kumpulan sebuah NGO, memacak gerai burger di depan rumah Ambiga sebagai tanda protes terjejasnya perniagaan mereka kerana demo BERSIH 3.0 lalu.. pagi tadi giliran sekumpulan 15 veteran bekas tentera telah membuat senaman ‘gelek punggung’ selama kira-kira 20 minit di atas jalan depan rumah Ambiga yang terletak di Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara.

Senaman 'gelek punggung' tersebut dibuat sebagai tanda protes mereka terhadap demo Bersih 3.0 yang dianjurkan Ambiga yang jelas mencemarkan imej negara dan membantah gerakan seks bebas yang diperjuangkannya.

Protes yang dimulakan jam 8.30 pagi itu turut memaparkan beberapa sepanduk manila kad yang membantah gerakan Ambiga itu.


Ambiga yang keluar kemudiannya telah diberikan sepanduk tersebut dan telah diberi kata amaran oleh veteran tentera supaya jangan sesekali mencemarkan imej negara di masa depan jika tidak mahu mereka bertindak.




Selepas protes dari peniaga burger, Ambiga hari ni dapat punggung pulak dari veteran tentera. Hahaha..bila plak Ambiga nak dapat hadiah 'terompah jamban' melekat kat muka ni..sama-sama kita nantikan...!

Tunku Aziz Umum Keluar DAP Serta Merta..!


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai naib pengerusi DAP dan umum keluar dari parti itu berkuatkuasa hari ini.
Beliau membuat keputusan tersebut ekoran pendirian dan pendapatnya tidak selari dengan beberapa Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.
Semasa ditemubual oleh NTV7..beliau turut mengumumkan tempoh perkhidmatannya sebagai senator akan berakhir 31 Mei ini dan tidak akan disambung.

"Saya fikir sudah sampai masa bagi saya mengambil pendirian tegas mengenai kedudukan saya dalam parti. Saya akan berhenti daripada menjadi ahli DAP," katanya lagi.
Tunku Aziz telah mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan membuat kenyataan media tidak bersetuju dengan keputusan menganjurkan Perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka kerana para peserta yang terlibat bakal berdepan dengan risiko yang amat tinggi dalam soal keselamatan.
Tindakan beliau itu telah diselar beberapa Pimpinan Pakatan termasuklah dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng..

Nama parti Demokratic Action Party (DAP)..tetapi jelas parti yang dikuasai Cina komunis ini bukanlah demokratik, tetapi ia parti rasis..

Dengan pengumuman keluar Tunku Aziz dari DAP ini, diharap akan menjadi satu pengajaran berguna kepada puak-puak melayu yang nak berjinak-jinak dengan parti DAP ini, yang jelas parti ini rasis, anti Islam, anti Melayu..    

Monday 14 May 2012

Terkini : Man.City Juara EPL Selepas 44 Tahun..!



Gol pada saat-saat akhir yang dilakukan oleh penyerang sensasi Argentina Sergio Aguero membantu Manchester City menewaskan lawan Queen Park Rangers (QPR) dengan 3-2 sekali gus menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dalam kemuncak perlawanan English Premier League di Stadium Etihad itu menyaksikan City muncul juara buat julung kalinya dalam tempoh 44 tahun sejak 1968.

Sementara itu, Manchester United walaupun menang menundukkan Sunderland dengan 1-0, namun hajat The Red Devil untuk bergelar juara liga berkecai apabila City menang 3 - 2 mengatasi Queen Park Rangers.

Walaupun kedua-dua Manchester ini, berkongsi 89 mata, tetapi City punya kelebihan 8 jaringan meninggalkan pasukan pimpinan Sir Alex Ferguson itu untuk bergelar juara.

Sunday 13 May 2012

Negara Islam : DAP Sudah Bosan Dengan Sikap PAS.!


Parti DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh telah menempelak Parti PAS supaya tidak mengulangi pendirian parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam. DAP membantah keras tindakan PAS itu yang mana agenda negara Islam tidak pernah sama sekali dibincangkan dan dipersetujui di dalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini Presiden PAS, Hadi Awang telah terkeluar dari mulutnya kenyataan untuk menubuhkan sebuah negara Islam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah ke Putrajaya. Tidak sampai 24 jam, Karpal Singh secara terbuka menempelak Hadi Awang kerana membuat kenyataan tubuh negara Islam tersebut yang menurutnya tiada dalam Perlembagaan Negara.

Karpal jelas tidak berpuas hati dengan sikap Hadi Awang yang suka berdolak dalik mengenai perjuangan PAS yang mana bercakap tak serupa bikin (lidah bercabang). Ternyata PAS dah semakin terdesak untuk meraih sokongan terutama dari orang melayu Islam menjelang PRU-13 ini.

Mungkin Hadi Awang terlupa yang PAS sekarang adalah kuda tunggangan dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu apa idea dan agenda dari parti PAS yang cuba diketengahkan pasti akan di bangkang dan dibantah secara terbuka oleh DAP yang jelas anti Islam dan nak menghancurkan Islam.

Yang bodoh dan bebal disini pastinya lah parti PAS. Bersekongkol dan bekerjasama dengan parti yang namanya Dog Action Party ini. Perjuangan negara Islam dah dibuang diganti dengan negara berkebajikan, dan sekarang Hadi kutip balik semata-mata nak tagih undi orang melayu Islam. Cukup-cukuplah PAS nak main sandiwara.

Selagi ditunggang dijadikan kuda oleh DAP, jangan harap ada perjuangan negara Islam dalam PAS.. Dapat plak Ketua Pembangkang spesis macam si Anwar Al Jubree, cakap depan lain, belakang lain, agama Islam disamaratakan..khalimah Allah pun dijualnya.

Betullah kata Hassan Ali, PAS sekarang dah dikuasai dan disesatkan oleh parasit-parasit didikan Al Jubree, yang hanya pandai tabur janji, perjuangan agama dikhianati, sanggup bertuankan DAP, dah takde maruah diri, hanya perjuangkan agenda peribadi. Sah PAS dah gila BABI..! DAP ganti PAS..!






Saturday 12 May 2012

Kebangkitan Gelombang Merah Menghantui PR..!


Sejarah telah tercipta semalam di Bukit Jalil, di mana Sambutan Hari Ulangtahun UMNO yang ke 66 telah disambut dengan cukup meriah, riuh rendah dengan sorakan, dipenuhi dengan kibaran bendera sang saka bangsa di Stadium Bukit Jalil malam tadi.


Dengan kehadiran melebihi 100,000 ribu ahli dan penyokong UMNO pada malam tersebut, telah membuktikan bahawa UMNO ini masih lagi sebuah parti yang relevan, disenangi, dan diminati majoriti rakyat dinegara ini. Dan yang paling bermakna, adalah himpunan ahli dan penyokong UMNO ini berlangsung dalam keadaan cukup aman, harmoni tanpa berlaku sebarang kecelakaan dan insiden yang tidak di ingini.




Syabas dan tahniah harus diucapkan kepada seluruh ahli dan penyokong-penyokong UMNO yang hadir kerana mereka telah memberikan isyarat yang cukup jelas kepada Presiden dan saf kepimpinan parti bahawa UMNO sebenarnya sudah bersiap sedia untuk bertempur di medan juang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kebangkitan gelombang merah ini akan diterjemahkan pada kerja keras, usaha kuat untuk menang pada PRU ke 13 nanti..Dengan sambutan ulangtahun ke 66 tahun ini, diharapkan UMNO akan terus menjadi sebuah parti melayu yang kekal relevan untuk menerajui kepimpinan negara di masa depan ke arah menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing.

Semoga Allah akan memberkati UMNO dan terus hidup dalam perjuangannya didalam membela nasib Agama, Bangsa dan Negara.

Hidup UMNO.,! Hidup UMNO.,! Hidup UMNO.!