Monday 21 May 2012

TERKINI! SATIM DIMAN BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.!!




Ketua Pembangkang Selangor YB Datuk Dr. Mohamad Satim Diman berkata kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah gagal dalam menguruskan sampah di negeri ini yang dilihat sudah semakin kronik dan menjadi salah satu sebab penyumbang kepada meningkatnya kes wabak denggi di negeri Selangor.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 9,202 kes demam denggi telah dicatatkan diseluruh negara dari Januari 2012 sehingga terkini Mei 2012.  Daripada jumlah itu negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 45% kes dan telah mencatat 10 kematian.

Bila sampah sudah tidak diurus dengan baik sudah tentu akan menyumbang kepada risiko penyakit termasukla demam denggi.






No comments:

Post a Comment