Saturday 12 May 2012

Kebangkitan Gelombang Merah Menghantui PR..!


Sejarah telah tercipta semalam di Bukit Jalil, di mana Sambutan Hari Ulangtahun UMNO yang ke 66 telah disambut dengan cukup meriah, riuh rendah dengan sorakan, dipenuhi dengan kibaran bendera sang saka bangsa di Stadium Bukit Jalil malam tadi.


Dengan kehadiran melebihi 100,000 ribu ahli dan penyokong UMNO pada malam tersebut, telah membuktikan bahawa UMNO ini masih lagi sebuah parti yang relevan, disenangi, dan diminati majoriti rakyat dinegara ini. Dan yang paling bermakna, adalah himpunan ahli dan penyokong UMNO ini berlangsung dalam keadaan cukup aman, harmoni tanpa berlaku sebarang kecelakaan dan insiden yang tidak di ingini.




Syabas dan tahniah harus diucapkan kepada seluruh ahli dan penyokong-penyokong UMNO yang hadir kerana mereka telah memberikan isyarat yang cukup jelas kepada Presiden dan saf kepimpinan parti bahawa UMNO sebenarnya sudah bersiap sedia untuk bertempur di medan juang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kebangkitan gelombang merah ini akan diterjemahkan pada kerja keras, usaha kuat untuk menang pada PRU ke 13 nanti..Dengan sambutan ulangtahun ke 66 tahun ini, diharapkan UMNO akan terus menjadi sebuah parti melayu yang kekal relevan untuk menerajui kepimpinan negara di masa depan ke arah menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing.

Semoga Allah akan memberkati UMNO dan terus hidup dalam perjuangannya didalam membela nasib Agama, Bangsa dan Negara.

Hidup UMNO.,! Hidup UMNO.,! Hidup UMNO.!

No comments:

Post a Comment