Monday 14 May 2012

Terkini : Man.City Juara EPL Selepas 44 Tahun..!



Gol pada saat-saat akhir yang dilakukan oleh penyerang sensasi Argentina Sergio Aguero membantu Manchester City menewaskan lawan Queen Park Rangers (QPR) dengan 3-2 sekali gus menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dalam kemuncak perlawanan English Premier League di Stadium Etihad itu menyaksikan City muncul juara buat julung kalinya dalam tempoh 44 tahun sejak 1968.

Sementara itu, Manchester United walaupun menang menundukkan Sunderland dengan 1-0, namun hajat The Red Devil untuk bergelar juara liga berkecai apabila City menang 3 - 2 mengatasi Queen Park Rangers.

Walaupun kedua-dua Manchester ini, berkongsi 89 mata, tetapi City punya kelebihan 8 jaringan meninggalkan pasukan pimpinan Sir Alex Ferguson itu untuk bergelar juara.

No comments:

Post a Comment