Tuesday 15 May 2012

Tunku Aziz Umum Keluar DAP Serta Merta..!


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai naib pengerusi DAP dan umum keluar dari parti itu berkuatkuasa hari ini.
Beliau membuat keputusan tersebut ekoran pendirian dan pendapatnya tidak selari dengan beberapa Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.
Semasa ditemubual oleh NTV7..beliau turut mengumumkan tempoh perkhidmatannya sebagai senator akan berakhir 31 Mei ini dan tidak akan disambung.

"Saya fikir sudah sampai masa bagi saya mengambil pendirian tegas mengenai kedudukan saya dalam parti. Saya akan berhenti daripada menjadi ahli DAP," katanya lagi.
Tunku Aziz telah mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan membuat kenyataan media tidak bersetuju dengan keputusan menganjurkan Perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka kerana para peserta yang terlibat bakal berdepan dengan risiko yang amat tinggi dalam soal keselamatan.
Tindakan beliau itu telah diselar beberapa Pimpinan Pakatan termasuklah dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng..

Nama parti Demokratic Action Party (DAP)..tetapi jelas parti yang dikuasai Cina komunis ini bukanlah demokratik, tetapi ia parti rasis..

Dengan pengumuman keluar Tunku Aziz dari DAP ini, diharap akan menjadi satu pengajaran berguna kepada puak-puak melayu yang nak berjinak-jinak dengan parti DAP ini, yang jelas parti ini rasis, anti Islam, anti Melayu..    

No comments:

Post a Comment